Wednesday, April 27, 2011

Pertandingan Forum Remaja 2011 Peringkat Daerah Kuala Penyu

Pada 14 April 2011 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Forum Remaja 2011 Peringkat Daerah Kuala Penyu. Pertandingan ini disertai oleh 3 buah sekolah menengah dalam daerah Kuala Penyu. Persaingan sengit berlaku antara ketiga-tiga sekolah. Akhirnya SMK St. Peter Bundu telah muncul sebagai juara, manakala SMK Kuala Penyu mendapat tempat ke-2 dan SMK Menumbok tempat ke-3. Tahniah kepada sekolah yang menghantar wakil masing-masing kerana sekolah anda mempunyai semangat juang yang tinggi. Tahniah juga kepada SMK St. Peter Bundu terutama guru penasihatnya kerana telah berjaya mengasah bakat para pelajarnya sehingga mereka berjaya ke peringkat bahagian di Papar nanti. Tahniah juga kepada adik Rusdy Lainsin dari SMK Kuala Penyu kerana terpilih sebagai peserta forum terbaik. Teruskan usaha anda.
Kepada para pelajar SMK Kuala Penyu yang tidak jemu menonton forum tersebut, jadikan pertandingan forum ini sebagai panduan untuk anda pula berforum di masa hadapan. Kepada guru-guru yang bertugas menjayakan pertandingan ini, terutamanya guru-guru SMK Kuala Penyu, teruskan usaha murni anda demi kejayaan anak bangsa kita. Semoga anda semua dirahmati tuhan dan segala tenaga yang dicurahkan hanya tuhan yang akan membalasnya.

1 comment:

zain said...

wahhh mo ikut lah siukX3