Tuesday, March 5, 2019

Ziarah Cakna SMK Kuala Penyu di Kampung Kekapor

Pada hari ini, 5 Mac 2019 Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Unit Kebajikan serta Guru Kelas 1 Beta Ustazah Danimah Mardan telah menziarahi keluarga adik Siti Nuratiqah Nazwa Binti Mahad yang kematian bapa tirinya iaitu encik Zumat bin Bilih kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga keluarga adik Siti Nuratiqah bertabah dalam menjalani kehidupan seharian dan semoga berjaya dalam pelajarannya.

Tuan Pengetua, encik Matrudin Bin Radin menyampaikan sumbangan dari pihak sekolah.