Tuesday, November 12, 2013

Pengagihan Komputer Riba 1Malaysia









Pengambilan & Pengagihan Komputer Riba 1 Malaysia kepada guru dan AKP SMK Kuala Penyu.
Sebanyak 66 buah komputer riba 1 Malaysia jenama Asus telah diambil oleh Ustaz Maraslan (Penyelaras Bestari) dan Cikgu Abdullah (Guru Data) di SK Menumbok pada 11 November 2013 untuk diagihkan kepada warga guru dan AKP setelah beberapa bulan menunggu. Tahniah kepada para penerima. Semoga pada tahun 2014, semua tugas akan menjadi lebih mudah dan tersusun.
Terima kasih diucapkan kepada KPM dan SKM. Terima kasih daun keladi kepada Ustaz Maraslan dan Cikgu Abdullah kerana sudi meluangkan masa untuk mengambil dan mengagihkan komputer berkenaan. Terima kasih kepada pengetua kerana menyelia proses pengagihan tersebut.

Saturday, May 11, 2013

Kem Kepimpinan 2013

Tarikh : 19 - 21 April 2013
Lokas : Bisulok Resort Membakut




Saturday, April 6, 2013

Mesyuarat Tahunan PIBG 2013








Mesyuarat Tahunan PIBG telah dilangsungkan pada 6 April 2013. Kelihatan dalam gambar YDP Tuan Hj.Jokrie bersama Pengetua SMK Kuala Penyu serta AJK sedang meneliti agenda mesyuarat.





Ibu Bapa yang hadir diucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday, February 26, 2013

Pendidikan Asas Vokasional


 
Kehadiran tiga orang pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian Pendidikan Vokasional khusus untuk memberi dan menerima maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Pendidikan AsasVokasional (PAV) di SMK Kuala Penyu. Terima kasih diucapkan kepada En.Hamzah, Pn.Jamilah dan Cik.Faezah atas maklumat yang diberikan. Terima kasih kepada En.Marksum pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik JPN Sabah.
 
Guru -guru yang terlibat dengan kelas PAV

Sunday, February 10, 2013

Kejohanan Padang dan Balapan 2013

Tahniah kepada pasukan Rumah Biru kerana berjaya menjadi juara pada tahun ini. Begitu juga kepada pasukan Rumah Hijau yang akhirnya berjaya merangkul tempat kedua setelah lapan tahun menduduki tempat terakhir. Apa cerita dengan juara bertahan Rumah Kuning? Pada tahun ini Kuning merosot ke tempat ketiga. Apa pun ucapan tahniah kepada semua guru, ktbm dan para pelajar SMKKP atas sumbangan dalam menjayakan sukan sekolah. Jangan lupa selepas ini kita akan bertanding pula di peringkat Daerah yang akan berlangsung di SMK Menumbok. Pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah...teruskan usaha anda, rajin-rajin berlatih tunjukkan SMKKP masih berbisa dalam sukan olahraga. Ini...kalilah.

Thursday, January 24, 2013

Jom Pergi Sekolah

Tahun 2012 sudah empat minggu berlalu, dalam tempoh 7 hari lagi bulan Februari 2013 bakal tiba. Sungguh pantas hari berlalu. Apakah anda semua sudah bersedia untuk menghadapi cabaran hari-hari yang mendatang. Kesedihan dan kekecewaan tahun 2012 bukanlah kisah sedih yang harus kita ratapi sepanjang hari. Biarkan ia berlalu. Ceh!!macam lagu rock pula. Ok...lah, selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMKKP. Maaflah agak lewat juga ucapan ini disampaikan. Tahun ini SMKKP mendapat 3 orang guru baru. Bukan baru mengajar...baru sampai ke Daerah Kuala Penyu. Mereka ialah En.Peter Robert, En.Asbar Baba dan Pn.Susanna Lemet. Selamat Datang... semoga kehadiran anda bertiga dapat meningkatkan lagi kecemerlangan akademik SMKKP. Ibarat yang patah kan tumbuh dan yang hilang berganti...tahun ini SMKKP merelakan perpindahan beberapa orang guru ke sekolah lain. Pn.Habibah dan En.Riduan berpindah ke Kota Kinabalu, manakala Cik.Norazymah berhijrah ke Wilayah Persekutuan Labuan. Pemberian wang bantuan RM100 sudah pun selesai, harapan semua guru kepada semua pelajar yang telah menerima wang tersebut dapat membeli peralatan persekolahan. Namanya pun bantuan persekolahan. Sekian untuk kali ini SELAMAT BELAJAR dan SELAMAT BERTUGAS.

Cikgu Jup