Thursday, November 24, 2011

Penyerahan Wang Bantuan Kerajaan RM100


Kelihatan dalam gambar begitu ramai ibu bapa yang hadir untuk menerima wang bantuan kerajan bernilai RM100 untuk perbelanjaan anak-anak sekolah. Semoga wang tersebut digunakan dengan cara yang betul.

Tarikh : 23 November 2011
Tempat : Dewan Asrama







En.Masinau Hussin
Sedang memeriksa dokumen yang dibawa oleh ibu bapa.

Wednesday, November 23, 2011

Peperiksaan SPM dan STPM

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tingkatan 5 dan 6, kini sudah hadir. Selamat menjawab soalan.

SPM 14 Nov 2011

STPM 21 Nov 2011

Wednesday, April 27, 2011

Pertandingan Forum Remaja 2011 Peringkat Daerah Kuala Penyu

Pada 14 April 2011 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Forum Remaja 2011 Peringkat Daerah Kuala Penyu. Pertandingan ini disertai oleh 3 buah sekolah menengah dalam daerah Kuala Penyu. Persaingan sengit berlaku antara ketiga-tiga sekolah. Akhirnya SMK St. Peter Bundu telah muncul sebagai juara, manakala SMK Kuala Penyu mendapat tempat ke-2 dan SMK Menumbok tempat ke-3. Tahniah kepada sekolah yang menghantar wakil masing-masing kerana sekolah anda mempunyai semangat juang yang tinggi. Tahniah juga kepada SMK St. Peter Bundu terutama guru penasihatnya kerana telah berjaya mengasah bakat para pelajarnya sehingga mereka berjaya ke peringkat bahagian di Papar nanti. Tahniah juga kepada adik Rusdy Lainsin dari SMK Kuala Penyu kerana terpilih sebagai peserta forum terbaik. Teruskan usaha anda.
Kepada para pelajar SMK Kuala Penyu yang tidak jemu menonton forum tersebut, jadikan pertandingan forum ini sebagai panduan untuk anda pula berforum di masa hadapan. Kepada guru-guru yang bertugas menjayakan pertandingan ini, terutamanya guru-guru SMK Kuala Penyu, teruskan usaha murni anda demi kejayaan anak bangsa kita. Semoga anda semua dirahmati tuhan dan segala tenaga yang dicurahkan hanya tuhan yang akan membalasnya.

Saturday, April 2, 2011

Bengkel Penulisan Kreatif Anjuran DBP Cawangan Sabah Bersama Penulis Terkenal Sabah - Jasni Matlani


Pada 30 Mac hingga 1 April 2011 yang lalu, telah diadakan satu bengkel penulisan kreatif iaitu bengkel menulis cerpen yang dianjurkan oleh DBP Cawangan Sabah bersama-sama dengan SMK Kuala Penyu. Bengkel yang diadakan selama 2 hari setengah itu sangat bermakna kerana segala curahan ilmu oleh saudara Jasni Matlani berkaitan penulisan cerpen telah banyak membantu dalam memberi kefahaman kepada guru-guru dan 27 orang pelajar dari 4 buah sekolah yang terlibat.
Semua 3 buah sekolah menengah yang lain menghantar wakil pelajar diiringi oleh guru pengiring masing-masing. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada guru-guru dari SMK Menumbok, SMK St. Peter Bundu dan SMK Pekan Kuala Penyu kerana tidak jemu-jemu membawa pelajar masing-masing menghadiri bengkel tersebut.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada wakil DBP Cawangan Sabah iaitu En. Noordin Zainal Abidin kerana sudi memilih SMK Kuala Penyu sebagai tuan rumah bengkel berkenaan. Tidak lupa kepada saudara Jasni Matlani yang tidak lokek mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau dalam menghasilkan cerpen. Ribuan terima kasih juga kepada Y.B. Dato Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukim kerana menyumbangtaja banyak koleksi cerpen karya saudara Jasni Matlani iaitu yang terbaru "Laron" (belum ada di pasaran) dan juga koleksi cerpen selenggarannya iaitu "Emas Hitam" yang memuatkan karya pemenang Hadiah SEDCO-BAHASA ke-2 (juga belum ada di pasaran). Tidak lupa juga kepada Penolong Kanan KoKurikulum iaitu En. Teo Gun Fah dan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Penyu iaitu En. Ab. Mastan Bin Haji Ahmad kerana sudi hadir dan menceriakan lagi Majlis Penutupan bengkel tersebut.
Berbalik kepada Bengkel Penulisan Kreatif, ilmu yang dicurahkan oleh saudara Jasni sememangnya sangat bermanfaat kerana dalam tempoh 2 hari sahaja, para pelajar yang menyertai bengkel tersebut sudah dapat menghasilkan cerpen mereka sendiri. Pada hari terakhir, beliau telah memilih beberapa buah cerpen peserta bengkel untuk dimurnikan lagi dan mungkin akan diterbitkan dalam majalah jika bernasib baik.
Gambar foto bengkel berkenaan akan dimuat naik sedikit masa lagi kerana talian broad band tidak mengizinkan pada masa kini.

Wednesday, March 2, 2011

Program Maulidur Rasul



Keputusan STPM Tahun 2010

Pelajar Terbaik (PNGK)

1. Stacey Janelie Inung 3.50
2. Dk.Siti Khairiah Ag.Damit 3.42
3. Pinandes Wilbert 3.34
4. Constance David Elly 3.25
5. Poulanie Jipoh 3.25
6. Nechelle Premus 3.00
7. Sehlly Janting 3.00

Tahniah kepada semua warga sekolah (Guru,KTBM,Pelajar)

Sunday, February 6, 2011

SMKKP dalam Facebook


Untuk lebih mesra dengan pengguna internet, kami cadangkan anda berkomunikasi dengan rakan-rakan SMKKP melalui facebook. "SMK Kuala Penyu Sabah".

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru (Tahun 2011 & Tahun Baru Cina) kepada semua warga smkkp. Semoga tahun ini kita semua akan mencapai kejayaan yang lebih baik daripada tahun 2010.