Wednesday, May 7, 2008

Warkah Buat Pelajar Tingkatan 6 Bawah 2008

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.



Pada 12 Mei ini semua pelajar yang layak meneruskan pembelajaran ke Tingkatan 6, akan membuat pendaftaran di sekolah masing-masing ( sekolah yang ada tingkatan 6 ). Bagi sekolah yang tidak ada tingkatan 6, maka pelajar-pelajarnya akan berhijrah ke sekolah yang baru. Umumnya semua sekolah mempunyai sistem pengurusan akademik, kokum dan disiplin. Dalam kesempatan ini, saya sebagai guru yang mengajar tingkatan 6 dan dipertanggungjawabkan juga menjadi guru disiplin, maka diharap semua pelajar tingkatan 6 yang akan menyambung persekolahan di SMK Kuala Penyu dapat menunjukkan kematangan diri. Sebagai pelajar yang senior, umur pun ada yang sudah 19 - 20 tahun, sikap kebudak-budakkan itu harus dibuang. Tempoh belajar di tingkatan 6 tidak panjang cuma setahun setengah sahaja. Dalam tempoh yang singkat ini, pelajar tingkatan 6 perlu membuat persediaan yang banyak untuk menduduki peperiksaan STPM tahun 2009. Walaupun mata pelajaran yang diambil cuma 4 sahaja iaitu



Pengajian Am

Bahasa Melayu

Sejarah

Ekonomi/Perniagaan/Sastera Melayu



+



MUET



tetapi jika anda malas belajar cita-cita anda untuk belajar sampai ke Universiti akan menjadi cita-cita sahaja. Ingatlah kejayaan tidak akan datang kepada mereka yang malas berusaha.



Soal disiplin memang menjadi keutamaan kepada semua sekolah. Pelajar yang tidak berdisiplin tidak akan mendapat tempat di hati para guru. Pelajar yang suka melanggar peraturan sekolah akan menjadi beban kepada guru dan secara langsung ia juga merupakan beban kepada ibu bapa. Aspek disiplin menjadi keutamaan di SMK Kuala Penyu ialah:



1. Pakaian ( sesuai dengan imej pelajar sekolah )

2. Rambut ( lelaki ukuran 2" 1" )

3. Ponteng Kelas / Sekolah

4. Merokok

5. Berkelakuan samseng



Kami guru-guru di SMK Kuala Penyu sentiasa berusaha untuk membantu ibu bapa dalam memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. Walau bagaimanapun kerjasama adalah amat penting antara guru dan ibu bapa. Di sekolah guru memainkan peranannya manakala di rumah ibu bapa pula yang berperanan

No comments: