Friday, October 23, 2020

Pengetua SMK Kuala Penyu Tahun 2020

 



Selamat datang diucapkan kepada En.Mohammad Fuad Bin Abu Bakar. Selamat berpindah kami ucapkan kepada pengetua lama En.Matrudin Bin Radin ke SMK Membakut. Patah tumbuh hilang berganti. SMK Kuala Penyu Terbaik Di Daerah Kuala Penyu.

Monday, March 9, 2020

Kalendar SMKKP 2020



Pelancaran Program Jom ke Sekolah 2020.

https://youtu.be/O2hfiI-1ras

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tahniah warga SMK Kuala Penyu kerana SMK Kuala Penyu mendapat keputusan terbaik berganda tahun ini. Mendapat kelulusan STPM 100%, menjadi juara keseluruhan Sukan Daerah Kuala Penyu dan pencapaian terbaik SPM 2019 bagi Daerah Kuala Penyu dengan GPS 4.92 mengatasi KPI negeri. Tahniah semua.



Tuesday, March 5, 2019

Ziarah Cakna SMK Kuala Penyu di Kampung Kekapor

Pada hari ini, 5 Mac 2019 Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Unit Kebajikan serta Guru Kelas 1 Beta Ustazah Danimah Mardan telah menziarahi keluarga adik Siti Nuratiqah Nazwa Binti Mahad yang kematian bapa tirinya iaitu encik Zumat bin Bilih kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga keluarga adik Siti Nuratiqah bertabah dalam menjalani kehidupan seharian dan semoga berjaya dalam pelajarannya.

Tuan Pengetua, encik Matrudin Bin Radin menyampaikan sumbangan dari pihak sekolah.







 


Wednesday, February 27, 2019

Lawatan Sambil Belajar Pendidikan Moral Tingkatan 5 ke Hospital Mesra Bukit Padang dan membersihkan Pantai Tajung Aru Kota Kinabalu





Sebelum bertolak ke Hospital Mesra Bukit Padang


Di Hospital Mesra Bukit Padang






Taklimat ringkas berkaitan sejarah Hospital Mesra Bukit Padang

Penyerahan cendera kenangan antara cikgu Sharon Dodih dengan wakil hospital


Gotomg royong di Pantai Tanjung Aru








Jalan-jalan di Centre Point