Wednesday, February 27, 2008

Ujian Terancang 1

Tarikh : 27 - 28 Februari 2008 ( Rabu - Khamis )
Mulai tahun 2008 demi untuk meningkatkan prestasi akademik, semua pelajar akan diberi ujian terancang sebanyak dua kali sebelum peperiksaan semeter pertama. Program ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan semua pelajar selepas mengikut pengajaran dan pembelajaran selama dua bulan. Keputusan ujian akan dianalisis dalam bentuk "Head Count". Semoga program ini dapat memberi faedah kepada semua warga sekolah. SMK Kuala Penyu Bertekad Cemerlang / "Tatap Cemerlang"
Blogger : Jupilin Rangin

Sunday, February 24, 2008

Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Pelajar

En.Bad Hamid Hj.Musli Pengetua SMK Kuala Penyu
Menyampaikan Hadiah Kepada Salah Seorang Peserta Kursus.
Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan kursus ini terutamanya kepada
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Semoga program ini dapat diteruskan untuk tahun
hadapan. Kepada para pelajar yang mengikuti kursus kepimpinan ini, diharap telah dapat
serba sedikit ilmu tentang ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada kepada setiap yang ingin
menjadi pemimpin yang berjaya dan dihormati. Terima kasih juga kepada ibubapa yang
sudi hadir dan atas sokongan para ibubapa terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah dengan memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menyertainya amat dihargai. Semoga hubungan dan kerjasama antara guru-guru dan ibubapa di sekolah ini terus
cemerlang demi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Malam Kebudayaan


Malam kebudayaan berjaya mencungkil bakat para pelajar dalam seni lakon (sketsa).
Kebanyakan cerita yang di persembahkan berkisar tentang kehidupan pelajar sekolah.

Saturday, February 23, 2008

Komunikasi Berkesan

En.Simlin Latip Guru Kaunseling SMK St.Peter Bundu selaku penceramah
jemputan sedang menyampaikan ceramah tentang kepentingan komunikasi kepada
para pelajar yang mengikuti kursus kepimpinan.
Terima kasih dari kami warga smk kuala penyu.

Eemm!! sedapnya

Berselera betul si Shirley ni tengok bekas makanannya liciiiinnnnn!!

bersopan santun ketika sedang makan baru berkat, kan cikgu!



Kalau macam ni cikgu, seminggu kursus pun boleh sedap makanannya


Bermain sambil belajar

En.Alister dan En.Jamaludin mengendalikan aktiviti kursus kepimpinan pelajar


"Itulah kebaikannya badan kecil, senang masuk tayar macam Kak Nisah ni"

mungkin itulah kata-kata yang keluar dari mulut si Maizati



macam ni bulih kah cikgu!









bah..awas jangan sampai tumpah bisai-bisai bejalan tu!










Yeah...kami dulu sampai













Kursus Kepimpinan Pelajar




Kerjasama setiap ahli dalam kumpulan sangat penting

untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Menyampaikan hasil perbincangan kumpulan di hadapan para guru dan rakan-rakan peserta yang lain, memerlukan keberanian dan keyakinan diri untuk bercakap.




Friday, February 15, 2008

Juara MSSDKP 2008 : SMK Kuala Penyu Tiada Tandingan

Gambar : Tuan Pengetua EN.Bad Hamid Hj.Musli merakamkan kenangan bersama para pelajar yang sekali lagi berjaya mengungguli acara olahraga mssd Kuala Penyu. Turut kelihatan En.Suntik Tuin selaku ketua jurulatih.

Thursday, February 14, 2008

Kenangan MSSDKP 2008

eeeeh..susah-susah... kita kasi manang semua..

OK..boss! semua beres...asal ada saja..ok..tu

Ke garisan.. sedia..?????


100 meter perempuan 15TKB




Wednesday, February 13, 2008

Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Penyu

Gambar : Kontinjen Perbarisan SMK Kuala Penyu

Gambar : En.Teo Tuan Ho Pengetua SMK St.Peter Bundu menyampaikan cenderamata kepada

En.Dikin Hj.Musah Pegawai Pendidikan Pelajaran Kuala Penyu.




Tarikh : 12 - 15 Febuari 2008




Tempat : Padang SMK S.Peter Bundu









Pasukan Yang Mengambil Bahagian :




1. SMK St.Peter Bundu ( Tuan Rumah )




2. SMK Kuala Penyu




3. SMK Menumbok




4. SMK Pekan Kuala Penyu

Friday, February 8, 2008

Pekan Kuala Penyu

Pemandangan Pekan Kuala Penyu dari udara.

Acara 4X50m Guru-Guru


Sebagai penutup kepada acara sukan, tahun ini diadakan acara 4x50 meter untuk guru-guru.

Kelihatan dalam gambar beberapa orang guru dan ktbm sedang 'warm-up'. Sesekali hilang juga tension. Bah cepat..ta hangat ni!!


Monday, February 4, 2008

Kejohanan Olahraga Kali Ke 37 Tahun 2008

Penolong Kanan 1 En.Noor Zam Mohd Yussof
sedang menyampaikan piala kepada pemenang

Juara Keseluruhan : Rumah Kuning



Naib Juara : Rumah Biru



Ketiga : Rumah Merah



Keempat : Rumah Hijau

Tuesday, January 22, 2008

Majlis Aku Janji Pelajar PMR SPM dan STPM




Tarikh : 18 Januari 2008


Tempat : Dewan Asrama




Objektif : Memberi motivasi dan kesedaran diri kepada para pelajar yang akan


mengambil peperiksaan supaya lebih fokus kepada pembelajaran mereka.


Para pelajar juga diminta menulis target atau sasaran pencapaian bagi semua


mata pelajaran yang diambil. Dengan adanya aku janji ini, para pelajar akan


berjanji kepada diri sendiri, keluarga dan juga kepada guru bahawa mereka


akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam


peperiksaan.




Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah En.Bad Hamid Hj.Musli.

Saturday, January 19, 2008

Januari 2008

Aktiviti Sekolah :
1. Pendaftaran pelajar
2. Minggu suaikenal pelajar Tingkatan Satu
3. Ceramah Motivasi Pelajar PMR
4. Mesyuarat Guru
5. Majlis AkuJanji Pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas
6. Latihan sukan
7. Sukan Tara
8. Mesyuarat PIBG
9. Larian Kasih/Merentas Desa/Larian KPM
10.Mesyuarat ketua bidang/panitia mata pelajaran
11. Kejohanan Olahraga Tahunan

Peraturan Sekolah




Disiplin Teras Kejayaan

Selamat kembali ke sessi persekolahan tahun 2008. Semoga tahun ini anda lebih bersemangat dan rajin belajar. Kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha yang gigih. Bagi pelajar Islam, kita baru sahaja menyambut tahun hijrah 1429. Masa terus berlalu meninggalkan kita. Semua manusia di bumi ini secara logiknya inginkan kejayaan dalam hidup. Maka siapa yang malas akan ketinggalan, gagal, rugi, kecewa dan macam-macam lagi. Ayuh!!! semua warga SMK Kuala Penyu mari kita tingkatkan azam dan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Selamat belajar kepada semua pelajar dan selamat bertugas kepada semua guru/ktbm.

Tuesday, November 20, 2007

Cuti Sekolah Hujung Tahun 2007

Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar. Walaupun cuti sekolah, jangan lupa buat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru. Kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas, selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Jawab betul-betul-jangan main-main. Semoga anda semua berjaya dan lulus dengan cemerlang.

Thursday, October 4, 2007

Selamat Berpuasa

Assalamu'alaikum...selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua guru dan pelajar yang beragama Islam. Semoga bulan Ramadan yang mulia ini menambahkan lagi keinsafan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Jangan pontengggg tau..!!

Monday, August 27, 2007

Karnival Kokurikulum 2007

Tarikh : 27 - 30 Ogos 2007

Tempat : SMK Kuala Penyu



Aktiviti :

1. Pameran Kerjaya

2. Pertandingan Permainan