Guru Pemimpin 360'

Prinsip Lead Up 1 : Bawa Diri dengan Baik
(Pimpin atau Urus Diri Sendiri dengan Cemerlang)

Menurut Maxwell dalam bukunya The 360' Leader edisi bahasa Melayu, "Pimpinlah diri saudara sendiri dahulu. Itulah permulaannya. Lagipun, sekiranya saudara tidak mahu mengikut diri saudara sendiri, mengapa pula orang lain mahu mengikut saudara".
 
Bos (Pengetua) menyenangi orang-orang di bawah pimpinanya yang bijak mengurus dirinya sendiri. Sekiranya bos banyak menghabiskan masa mengurus orang bawahannya seperti teguran, arahan, dan bimbingan yang berulang-ulang, menunjukkan orang bawahan itu tidak bijak mengurus dirinya sendiri. Contohnya di sekolah, sekiranya guru itu hanya menunggu arahan baru menjalankan tugas ataupun membuat kerja sambil lewa, masuk ke kelas tanpa persediaan yang rapi, buku latihan murid tidak diperiksa, lewat masuk ke kelas, dan lain-lain yang negative, beliau pasti sukar memenangi hati ketuanya.
 
Maxwell menegaskan, Pemimpin 360' yang bijak mengurus dirinya adalah pemimpin yang mengurus emosi, masa, keutamaan, tenaga, fikiran, ucapan, dan kehidupan peribadi yang baik.

No comments: