Wednesday, November 12, 2008

Disiplin : Budaya Lupa Daratan / Tidak Mengenang Budi




Amalan merosakkan kemudahan sekolah sering berlaku di sekolah di seluruh negara.


Maka ungkapan "Budaya Lupa Daratan atau Tidak Mengenang Budi" amat sesuai dilabel


kepada pelajar yang suka melakukan perbuatan yang tidak diajar oleh guru malah ibubapa


sendiri tidak pernah mengajar anak-anaknya melakukan perkara-perkara yang tidak baik.


Tapi kenapa perkara ini terus berlaku. Sebagai manusia yang normal seharusnya menyedari


bahawa semua kemudahan yang ada di sekolah adalah untuk kebaikan pelajar. Bayangkan jika tiada elektrik atau semua soket rosak, tentu kemudahan sepeti lampu, kipas angin, komputer, mesin cetak dan sebagainya tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Yang rugi tentulah pelajar itu sendiri. Guru tidak dapat menggunakan kemudahan seperti komputer untuk tugasan pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga kemudahan-kemudahan yang lain amat penting kepada semua guru dan pastinya para pelajar adalah matlamat utama kerajaan menyediakan segala kemudahan tersebut. Jadi janganlah jadi manusia yang tidak tahu bersyukur. Insaflah.


Peperiksaan SPM & STPM 2008

Jumlah Calon: SPM 57 Orang
STPM 35 Orang

Pihak sekolah khususnya semua guru SMKKP mendoakan semua calon dapat menjawab
soalan dengan tenang dan mencapai kejayaan seperti mana yang diharapkan oleh semua ibubapa dan guru. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

Kursus Pengurusan Ko-Kurikulum & Guru Sukan










Gambar: En.Dikin Hj.Musah PPD Kuala Penyu sedang menerima cenderahati
daripada penceramah.

Tarikh : 23 - 24 Oktober 2008
Tempat : Bilik Gerakan RMK9 PPD Kuala Penyu

Maklumat / Dapatan:

1. Semua aktiviti kokum hendaklah diurus dengan betul.
2. Dokumen seperti surat penyertaan, surat kebenaran ibubapa, sijil penyertaan, markah
kokum dan insuran hendaklah disediakan sebagai bukti pengurusan oleh pihak guru.
3. Aspek keselamatan pelajar adalah sangat penting diberi perhatian oleh semua guru.

Kursus telah disampaikan oleh pensyarah Institut Perguruan Gaya dan dihadiri oleh semua guru kokum dan guru sukan sekolah-sekolah Daerah Kuala Penyu.