Tuesday, May 13, 2008
Wednesday, May 7, 2008
Warkah Buat Pelajar Tingkatan 6 Bawah 2008
Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.
Pada 12 Mei ini semua pelajar yang layak meneruskan pembelajaran ke Tingkatan 6, akan membuat pendaftaran di sekolah masing-masing ( sekolah yang ada tingkatan 6 ). Bagi sekolah yang tidak ada tingkatan 6, maka pelajar-pelajarnya akan berhijrah ke sekolah yang baru. Umumnya semua sekolah mempunyai sistem pengurusan akademik, kokum dan disiplin. Dalam kesempatan ini, saya sebagai guru yang mengajar tingkatan 6 dan dipertanggungjawabkan juga menjadi guru disiplin, maka diharap semua pelajar tingkatan 6 yang akan menyambung persekolahan di SMK Kuala Penyu dapat menunjukkan kematangan diri. Sebagai pelajar yang senior, umur pun ada yang sudah 19 - 20 tahun, sikap kebudak-budakkan itu harus dibuang. Tempoh belajar di tingkatan 6 tidak panjang cuma setahun setengah sahaja. Dalam tempoh yang singkat ini, pelajar tingkatan 6 perlu membuat persediaan yang banyak untuk menduduki peperiksaan STPM tahun 2009. Walaupun mata pelajaran yang diambil cuma 4 sahaja iaitu
Pengajian Am
Bahasa Melayu
Sejarah
Ekonomi/Perniagaan/Sastera Melayu
+
MUET
tetapi jika anda malas belajar cita-cita anda untuk belajar sampai ke Universiti akan menjadi cita-cita sahaja. Ingatlah kejayaan tidak akan datang kepada mereka yang malas berusaha.
Soal disiplin memang menjadi keutamaan kepada semua sekolah. Pelajar yang tidak berdisiplin tidak akan mendapat tempat di hati para guru. Pelajar yang suka melanggar peraturan sekolah akan menjadi beban kepada guru dan secara langsung ia juga merupakan beban kepada ibu bapa. Aspek disiplin menjadi keutamaan di SMK Kuala Penyu ialah:
1. Pakaian ( sesuai dengan imej pelajar sekolah )
2. Rambut ( lelaki ukuran 2" 1" )
3. Ponteng Kelas / Sekolah
4. Merokok
5. Berkelakuan samseng
Kami guru-guru di SMK Kuala Penyu sentiasa berusaha untuk membantu ibu bapa dalam memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. Walau bagaimanapun kerjasama adalah amat penting antara guru dan ibu bapa. Di sekolah guru memainkan peranannya manakala di rumah ibu bapa pula yang berperanan

Tuesday, May 6, 2008
Naik Pangkat
Jejak Guru
Pn.Mar Chew Foon sudah kembali ke negeri kelahirannya Pulau Pinang. Sewaktu bertugas di SMKKP beliau merupakan guru kesihatan / PBSM dan guru Matematik/Sains.
Pn.Juraidah Zakaria kini bertugas di SMK Padang Berempah Sipitang, Sabah. Berasal dari Negeri Perlis.
En.Yusri Talip kini bertugas di SMK Sepagaya Lahad Datu, Sabah. Berasal dari Negeri Kedah Darul Aman. Bertugas di SMKKP pada tahun 2003 hingga Mac 2007.
Monday, May 5, 2008
Tolong Menolong Amalan Mulia
Alkisah.....suatu pagi kerana terlalu banyak yang difikirkan.....aku terlupa kunci kereta masih ada di dalam. Dengan selamba aku pun tutup pintu. Nahhhh!!! inilah kejadiannya. Nasib baik ada guru-guru yang perihatin dan sanggup berusaha membuka pintu keretaku. Cungkil-cungkil punya cungkil akhirnya dapat juga buka pintunya. Selamat cermin keretaku...kalau tidak tukul...lah jawapannya. Terima kasih.
Minggu Perpaduan dan Pelancaran Kelab Rukun Negara
Tarikh : 28 - 30 April 2008
Tempat : SMK Kuala Penyu
Objektif Penubuhan:
1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
2. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prisnip Rukun Negara.
3. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai norma kehidupan
4. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan Negara.
Aktiviti / pengisian program:
1. Pertandingan Koir
2. Sukan Rakyat
3. Deklamasi Puisi
4. Gotong Royong

Ceramah Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am STPM
Tarikh : 11 April 2008
Tempat : Dewan Asrama SMK Kuala Penyu
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Panitia Pengajian Am dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah telah berjaya menjemput seorang guru cemerlang dan juga merupakan guru pemeriksa kertas pengajian am STPM iaitu En.Oong Bon Hook dari SM.Tinggi Kota Kinaalu untuk memberikan tips dan cara yang betul untuk menjawab soalan peperiksaan. Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 dari sekolah yang berhampiran iaitu SMK Menumbok dan SMK Kota klias. Terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan. Semoga anda berjaya dalam STPM 2008.
Subscribe to:
Posts (Atom)