Wednesday, November 12, 2008

Disiplin : Budaya Lupa Daratan / Tidak Mengenang Budi




Amalan merosakkan kemudahan sekolah sering berlaku di sekolah di seluruh negara.


Maka ungkapan "Budaya Lupa Daratan atau Tidak Mengenang Budi" amat sesuai dilabel


kepada pelajar yang suka melakukan perbuatan yang tidak diajar oleh guru malah ibubapa


sendiri tidak pernah mengajar anak-anaknya melakukan perkara-perkara yang tidak baik.


Tapi kenapa perkara ini terus berlaku. Sebagai manusia yang normal seharusnya menyedari


bahawa semua kemudahan yang ada di sekolah adalah untuk kebaikan pelajar. Bayangkan jika tiada elektrik atau semua soket rosak, tentu kemudahan sepeti lampu, kipas angin, komputer, mesin cetak dan sebagainya tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Yang rugi tentulah pelajar itu sendiri. Guru tidak dapat menggunakan kemudahan seperti komputer untuk tugasan pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga kemudahan-kemudahan yang lain amat penting kepada semua guru dan pastinya para pelajar adalah matlamat utama kerajaan menyediakan segala kemudahan tersebut. Jadi janganlah jadi manusia yang tidak tahu bersyukur. Insaflah.


Peperiksaan SPM & STPM 2008

Jumlah Calon: SPM 57 Orang
STPM 35 Orang

Pihak sekolah khususnya semua guru SMKKP mendoakan semua calon dapat menjawab
soalan dengan tenang dan mencapai kejayaan seperti mana yang diharapkan oleh semua ibubapa dan guru. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

Kursus Pengurusan Ko-Kurikulum & Guru Sukan










Gambar: En.Dikin Hj.Musah PPD Kuala Penyu sedang menerima cenderahati
daripada penceramah.

Tarikh : 23 - 24 Oktober 2008
Tempat : Bilik Gerakan RMK9 PPD Kuala Penyu

Maklumat / Dapatan:

1. Semua aktiviti kokum hendaklah diurus dengan betul.
2. Dokumen seperti surat penyertaan, surat kebenaran ibubapa, sijil penyertaan, markah
kokum dan insuran hendaklah disediakan sebagai bukti pengurusan oleh pihak guru.
3. Aspek keselamatan pelajar adalah sangat penting diberi perhatian oleh semua guru.

Kursus telah disampaikan oleh pensyarah Institut Perguruan Gaya dan dihadiri oleh semua guru kokum dan guru sukan sekolah-sekolah Daerah Kuala Penyu.

Wednesday, October 8, 2008

Majlis Perasmian & Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2008

En.Bad Hamid Hj.Musli (Pengetua) menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah.




Pelajar Tingkatan 1 Elit (kelas paling patriotik)
Tahniah kepada guru kelas En.Wahid dan Cik.Rohana


En.Alister......menunjukkan bakat terpendam sedang menyampaikan
sebuah lagu patriotik. Boleh...lah!



Hai....kami anak Malaysia.





Pn.Senorita...."aku pun boleh nyanyi bah.."




Guru-guru Wanita SMKKP






Cik.Zainab Muda menyampaikan ucapan sebagai pengerusi program.







Para Pentadbir SMKKKP
Duduk dari kiri : En.Jamaludin, En.Suntik, En.Bad Hamid dan En.Mohd.Nor Zam








Thursday, September 18, 2008

Program Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2008


SELAMAT BERPUASA




Selamat berpuasa kepada semua warga sekolah khususnya yang beragama Islam.Semoga puasa pada tahun ini dapat meningkatkan lagi ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Tuesday, May 13, 2008

Pendek-Kemas-Bergaya-Weewiitt!!

Baik punya....inilah fesyen rambut yang paling baik untuk kita sebagai pelajar sekolah. Weewiitt!

Wednesday, May 7, 2008

Warkah Buat Pelajar Tingkatan 6 Bawah 2008

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.



Pada 12 Mei ini semua pelajar yang layak meneruskan pembelajaran ke Tingkatan 6, akan membuat pendaftaran di sekolah masing-masing ( sekolah yang ada tingkatan 6 ). Bagi sekolah yang tidak ada tingkatan 6, maka pelajar-pelajarnya akan berhijrah ke sekolah yang baru. Umumnya semua sekolah mempunyai sistem pengurusan akademik, kokum dan disiplin. Dalam kesempatan ini, saya sebagai guru yang mengajar tingkatan 6 dan dipertanggungjawabkan juga menjadi guru disiplin, maka diharap semua pelajar tingkatan 6 yang akan menyambung persekolahan di SMK Kuala Penyu dapat menunjukkan kematangan diri. Sebagai pelajar yang senior, umur pun ada yang sudah 19 - 20 tahun, sikap kebudak-budakkan itu harus dibuang. Tempoh belajar di tingkatan 6 tidak panjang cuma setahun setengah sahaja. Dalam tempoh yang singkat ini, pelajar tingkatan 6 perlu membuat persediaan yang banyak untuk menduduki peperiksaan STPM tahun 2009. Walaupun mata pelajaran yang diambil cuma 4 sahaja iaitu



Pengajian Am

Bahasa Melayu

Sejarah

Ekonomi/Perniagaan/Sastera Melayu



+



MUET



tetapi jika anda malas belajar cita-cita anda untuk belajar sampai ke Universiti akan menjadi cita-cita sahaja. Ingatlah kejayaan tidak akan datang kepada mereka yang malas berusaha.



Soal disiplin memang menjadi keutamaan kepada semua sekolah. Pelajar yang tidak berdisiplin tidak akan mendapat tempat di hati para guru. Pelajar yang suka melanggar peraturan sekolah akan menjadi beban kepada guru dan secara langsung ia juga merupakan beban kepada ibu bapa. Aspek disiplin menjadi keutamaan di SMK Kuala Penyu ialah:



1. Pakaian ( sesuai dengan imej pelajar sekolah )

2. Rambut ( lelaki ukuran 2" 1" )

3. Ponteng Kelas / Sekolah

4. Merokok

5. Berkelakuan samseng



Kami guru-guru di SMK Kuala Penyu sentiasa berusaha untuk membantu ibu bapa dalam memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. Walau bagaimanapun kerjasama adalah amat penting antara guru dan ibu bapa. Di sekolah guru memainkan peranannya manakala di rumah ibu bapa pula yang berperanan

Tuesday, May 6, 2008

Blogger SMKKP

En.Jupilin Rangin

Naik Pangkat
















En.Ag.Besar Suran(menyampaikan hadiah) kini bertugas sebagai Pengetua di SMK Kanibungan Pitas,Sabah.















Pn.Weddia Kimpui kini bertugas sebagai Penolong Kanan pentadbiran di SMK Pekan Kuala Penyu, Sabah.




Pn.Tan Peng Ann kini bertugas sebagai Guru Besar SK.St.Joseph Kabunau, Kuala Penyu.

Jejak Guru


Pn.Mar Chew Foon sudah kembali ke negeri kelahirannya Pulau Pinang. Sewaktu bertugas di SMKKP beliau merupakan guru kesihatan / PBSM dan guru Matematik/Sains.






















Pn.Juraidah Zakaria kini bertugas di SMK Padang Berempah Sipitang, Sabah. Berasal dari Negeri Perlis.


























En.Yusri Talip kini bertugas di SMK Sepagaya Lahad Datu, Sabah. Berasal dari Negeri Kedah Darul Aman. Bertugas di SMKKP pada tahun 2003 hingga Mac 2007.

Monday, May 5, 2008

Tolong Menolong Amalan Mulia


Alkisah.....suatu pagi kerana terlalu banyak yang difikirkan.....aku terlupa kunci kereta masih ada di dalam. Dengan selamba aku pun tutup pintu. Nahhhh!!! inilah kejadiannya. Nasib baik ada guru-guru yang perihatin dan sanggup berusaha membuka pintu keretaku. Cungkil-cungkil punya cungkil akhirnya dapat juga buka pintunya. Selamat cermin keretaku...kalau tidak tukul...lah jawapannya. Terima kasih.

Minggu Perpaduan dan Pelancaran Kelab Rukun Negara


Tarikh : 28 - 30 April 2008
Tempat : SMK Kuala Penyu

Objektif Penubuhan:
1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
2. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prisnip Rukun Negara.
3. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai norma kehidupan
4. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan Negara.

Aktiviti / pengisian program:
1. Pertandingan Koir
2. Sukan Rakyat
3. Deklamasi Puisi
4. Gotong Royong

Ceramah Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am STPM


Tarikh : 11 April 2008

Tempat : Dewan Asrama SMK Kuala Penyu
Masa : 8.00 - 11.00 pagi


Panitia Pengajian Am dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah telah berjaya menjemput seorang guru cemerlang dan juga merupakan guru pemeriksa kertas pengajian am STPM iaitu En.Oong Bon Hook dari SM.Tinggi Kota Kinaalu untuk memberikan tips dan cara yang betul untuk menjawab soalan peperiksaan. Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 dari sekolah yang berhampiran iaitu SMK Menumbok dan SMK Kota klias. Terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan. Semoga anda berjaya dalam STPM 2008.

Thursday, March 6, 2008

Program Remaja : "Sayangi Diri, Katakan Tidak"



Tarikh : 5 Mac 2008
Tempat : Dewan Asrama
Anjuran : Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sabah
dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kuala Penyu
Objektif Program :
1. Meningkatkan kesedaran bahawa sikap ketegasan diri bagi menolak perkara negatif
amat diperlukan.
2. Membimbing peserta untuk menjadi pelajar yang berwawasan.
3. Memupuk rasa kecintaan kepada diri, ibubapa dan masyarakat.
Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Wednesday, February 27, 2008

Ujian Terancang 1

Tarikh : 27 - 28 Februari 2008 ( Rabu - Khamis )
Mulai tahun 2008 demi untuk meningkatkan prestasi akademik, semua pelajar akan diberi ujian terancang sebanyak dua kali sebelum peperiksaan semeter pertama. Program ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan semua pelajar selepas mengikut pengajaran dan pembelajaran selama dua bulan. Keputusan ujian akan dianalisis dalam bentuk "Head Count". Semoga program ini dapat memberi faedah kepada semua warga sekolah. SMK Kuala Penyu Bertekad Cemerlang / "Tatap Cemerlang"
Blogger : Jupilin Rangin

Sunday, February 24, 2008

Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Pelajar

En.Bad Hamid Hj.Musli Pengetua SMK Kuala Penyu
Menyampaikan Hadiah Kepada Salah Seorang Peserta Kursus.
Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan kursus ini terutamanya kepada
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Semoga program ini dapat diteruskan untuk tahun
hadapan. Kepada para pelajar yang mengikuti kursus kepimpinan ini, diharap telah dapat
serba sedikit ilmu tentang ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada kepada setiap yang ingin
menjadi pemimpin yang berjaya dan dihormati. Terima kasih juga kepada ibubapa yang
sudi hadir dan atas sokongan para ibubapa terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah dengan memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menyertainya amat dihargai. Semoga hubungan dan kerjasama antara guru-guru dan ibubapa di sekolah ini terus
cemerlang demi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Malam Kebudayaan


Malam kebudayaan berjaya mencungkil bakat para pelajar dalam seni lakon (sketsa).
Kebanyakan cerita yang di persembahkan berkisar tentang kehidupan pelajar sekolah.

Saturday, February 23, 2008

Komunikasi Berkesan

En.Simlin Latip Guru Kaunseling SMK St.Peter Bundu selaku penceramah
jemputan sedang menyampaikan ceramah tentang kepentingan komunikasi kepada
para pelajar yang mengikuti kursus kepimpinan.
Terima kasih dari kami warga smk kuala penyu.

Eemm!! sedapnya

Berselera betul si Shirley ni tengok bekas makanannya liciiiinnnnn!!

bersopan santun ketika sedang makan baru berkat, kan cikgu!



Kalau macam ni cikgu, seminggu kursus pun boleh sedap makanannya


Bermain sambil belajar

En.Alister dan En.Jamaludin mengendalikan aktiviti kursus kepimpinan pelajar


"Itulah kebaikannya badan kecil, senang masuk tayar macam Kak Nisah ni"

mungkin itulah kata-kata yang keluar dari mulut si Maizati



macam ni bulih kah cikgu!









bah..awas jangan sampai tumpah bisai-bisai bejalan tu!










Yeah...kami dulu sampai













Kursus Kepimpinan Pelajar




Kerjasama setiap ahli dalam kumpulan sangat penting

untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Menyampaikan hasil perbincangan kumpulan di hadapan para guru dan rakan-rakan peserta yang lain, memerlukan keberanian dan keyakinan diri untuk bercakap.




Friday, February 15, 2008

Juara MSSDKP 2008 : SMK Kuala Penyu Tiada Tandingan

Gambar : Tuan Pengetua EN.Bad Hamid Hj.Musli merakamkan kenangan bersama para pelajar yang sekali lagi berjaya mengungguli acara olahraga mssd Kuala Penyu. Turut kelihatan En.Suntik Tuin selaku ketua jurulatih.

Thursday, February 14, 2008

Kenangan MSSDKP 2008

eeeeh..susah-susah... kita kasi manang semua..

OK..boss! semua beres...asal ada saja..ok..tu

Ke garisan.. sedia..?????


100 meter perempuan 15TKB




Wednesday, February 13, 2008

Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Penyu

Gambar : Kontinjen Perbarisan SMK Kuala Penyu

Gambar : En.Teo Tuan Ho Pengetua SMK St.Peter Bundu menyampaikan cenderamata kepada

En.Dikin Hj.Musah Pegawai Pendidikan Pelajaran Kuala Penyu.




Tarikh : 12 - 15 Febuari 2008




Tempat : Padang SMK S.Peter Bundu









Pasukan Yang Mengambil Bahagian :




1. SMK St.Peter Bundu ( Tuan Rumah )




2. SMK Kuala Penyu




3. SMK Menumbok




4. SMK Pekan Kuala Penyu