Saturday, July 28, 2007

Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom,Sabah


Keindahan Ciptaan Tuhan dapat memberi ketenangan jiwa.

Cikgu Kami


Kenangan bersama guru pengiring.

Syoknya Naik Keretapi


Perjalanan ke Pekan Tenom mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Pekan Beaufort. Al-maklum keretapi zaman British. Alaa!! biar lambat asal selamat. Sekejap lagi sampailah.

Program Lawatan & Belajar


Kalau sepanjang tahun asyik belajar dalam kelas, boring juga. Terima kasih Cikgu kerana membawa kami melihat keindahan alam di tempat orang. Selamat Datang Ke Pekan Tenom.

Friday, July 27, 2007

Acara Main Getah


Ahh!!!..inilah cara main getah orang dahulu. Tak boleh pakai tangan.Gunakan penyedut minuman. Bila kena ambil gambar,,boleh juga tunjuk isyarat 'peace'. Yeaahh!!,,,hidup Malaysia negara yang aman damai.

Sambutan Hari Guru


En.Bad Hamid Hj. Musli pengetua SMK Kuala Penyu memulakan acara main boling. Dia ni memang jaguh kalau main boling di atas padang bola. Ah!! yang belakang tu,,baru nak belajar. Cikgu Riduan, baru mengajar di sekolah ini. Dulu dia ni bekas pelajar SMK Kuala Penyu. Jadi cikgu...juga! Tahniah.

Padang



Inilah padang permainan yang ada di sekolah kami. Padang ini banyak kegunaannya, antaranya ialah :

1. Sukan sekolah

2. Pendidikan Jasmani

3. Latihan kawat unit beruniform

4. Sambutan Hari Guru

5. Latihan bola sepak

Wednesday, July 25, 2007

Anak Didik Kami - Anak Kesayangan Anda


"Aktiviti luar bilik darjah memang seronok. Hubungan kami dengan guru-guru bertambah erat. Lihat..lah wajah keriangan kami. Walaupun penat, tetapi dengan kerjasama rakan-rakan yang lain aktiviti larian berhalangan ini dapat kami habiskan dengan jayanya". Yahhooooo!!!

Kata-kata aluan

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Perkembangan teknologi internet yang semakin pesat menjadikan semua maklumat boleh diakses oleh manusia walau di mana mereka berada. Sehubungan dengan itu, melalui penghasilan blog "buletinsmkkualapenyu" ini kami berharap semua rakyat Malaysia amnya dan warga sekolah khasnya termasuklah para ibubapa di sekitar daerah Kuala Penyu, menerima maklumat yang positif tentang apa juga perkara yang melibatkan anak-anak mereka di sekolah. Banyak maklumat yang berkaitan dengan akademik, disiplin dan kegiatan kokurikulum dapat dilihat serta dibaca dalam blog ini.

Sekian

Bad Hamid Hj.Musli
Pengetua SMK Kuala Penyu, Sabah