Wednesday, June 24, 2015


LATIHAN MENGHADAPI BENCANA ALAM

Pada jam 8.15 pagi tadi (24 Jun 2015) pihak SMK Kuala Penyu telah mengadakan satu latihan pengungsian bangunan jika sekolah terlibat dengan bencana seperti kebakaran dan juga bencana alam seperti gempa bumi seperti yang berlaku di Daerah Ranau baru-baru ini.

Latihan ini diadakan supaya semua warga SMK Kuala Penyu bersiap siaga jika berlaku sesuatu diluar dugaan. Melalui latihan ini, semua warga SMK Kuala Penyu telah diberi penerangan tentang apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas pengungsian bangunan dilakukan.

Semoga manfaat latihan ini mampu memberikan panduan kepada warga SMK Kuala Penyu supaya dapat mengelakkan kecederaan jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan.

 Lakonan oleh beberapa orang pelajar




 Tanda laluan keselamatan










 Tapak berkumpul

 Papan tanda tempat berkumpul












Cikgu Sharon Dodih sedang membuat laporan keberadaan pelajar kelasnya kepada Cikgu Asbar.

 Cikgu Asbar, Pengetua En. Matrudin Radin dan Penyelaras Program Cikgu Abdullah