Tuesday, January 22, 2008

Majlis Aku Janji Pelajar PMR SPM dan STPM




Tarikh : 18 Januari 2008


Tempat : Dewan Asrama




Objektif : Memberi motivasi dan kesedaran diri kepada para pelajar yang akan


mengambil peperiksaan supaya lebih fokus kepada pembelajaran mereka.


Para pelajar juga diminta menulis target atau sasaran pencapaian bagi semua


mata pelajaran yang diambil. Dengan adanya aku janji ini, para pelajar akan


berjanji kepada diri sendiri, keluarga dan juga kepada guru bahawa mereka


akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam


peperiksaan.




Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah En.Bad Hamid Hj.Musli.

Saturday, January 19, 2008

Januari 2008

Aktiviti Sekolah :
1. Pendaftaran pelajar
2. Minggu suaikenal pelajar Tingkatan Satu
3. Ceramah Motivasi Pelajar PMR
4. Mesyuarat Guru
5. Majlis AkuJanji Pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas
6. Latihan sukan
7. Sukan Tara
8. Mesyuarat PIBG
9. Larian Kasih/Merentas Desa/Larian KPM
10.Mesyuarat ketua bidang/panitia mata pelajaran
11. Kejohanan Olahraga Tahunan

Peraturan Sekolah




Disiplin Teras Kejayaan

Selamat kembali ke sessi persekolahan tahun 2008. Semoga tahun ini anda lebih bersemangat dan rajin belajar. Kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha yang gigih. Bagi pelajar Islam, kita baru sahaja menyambut tahun hijrah 1429. Masa terus berlalu meninggalkan kita. Semua manusia di bumi ini secara logiknya inginkan kejayaan dalam hidup. Maka siapa yang malas akan ketinggalan, gagal, rugi, kecewa dan macam-macam lagi. Ayuh!!! semua warga SMK Kuala Penyu mari kita tingkatkan azam dan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Selamat belajar kepada semua pelajar dan selamat bertugas kepada semua guru/ktbm.